Penipuan Deposit Pendaftaran Peniaga Berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kami dimaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan Yayasan MyKasih untuk memperdaya bakal rakan niaga peruncit supaya membuat bayaran deposit sebagai prasyarat untuk menyertai inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang yuran atau bayaran dikenakan untuk menyertai, mendaftar atau menjalani proses pendaftaran sebagai rakan niaga SARA.
Peniaga kedai runcit yang berminat untuk menyertai inisiatif SARA dinasihatkan untuk:
- Tidak membuat sebarang bayaran deposit kepada mana-mana pihak bagi tujuan proses pendaftaran
- Menghubungi merchant@mykasih.com bagi sebarang pertanyaan atau pengesahan
- Melaporkan sebarang permintaan bayaran yang mencurigakan kepada Yayasan MyKasih di whistle@mykasih.com
Kami menggesa semua peniaga dan orang awam agar sentiasa berwaspada dan hanya merujuk kepada saluran komunikasi rasmi kami untuk mendapatkan maklumat:
Maklumat rasmi mengenai inisiatif SARA boleh didapati di: https://sara.gov.my
Yayasan MyKasih memandang serius sebarang cubaan untuk memperdaya atau mengeksploitasi inisiatif SARA bagi tujuan penipuan dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya perlu.
***
Merchant Registration Deposit Scam Involving Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
It has been brought to our attention that irresponsible parties are impersonating MyKasih Foundation personnel to scam potential retail partners into paying security deposits as a pre-requisite to participate in the Sumbangan Asas Rahmah (SARA) initiative.
We reiterate that there is no fee or payment required to join, register, or be onboarded as a SARA merchant.
Retailers interested in participating in the SARA initiative are advised to:
- Not place any deposit with any party for the onboarding process
- Reach out to merchant@mykasih.com for any clarifications
- Notify MyKasih Foundation at whistle@mykasih.com of any suspicious requests for payment
We strongly urge all retailers and the public to remain vigilant and rely only on our official communication channels for information:
Official information on the SARA initiative is available at https://sara.gov.my.
MyKasih Foundation takes a serious view of any attempt to exploit the SARA initiative for fraudulent purposes and will work with relevant authorities where necessary.
Welcome to MyKasih Foundation
* All cash donations to MyKasih Foundation are tax-exempt.
Please Click Here!
